Budak 12 Tahun Diiktiraf Terpintar Di Dunia Atasi Einstein
![]() |
Olivia Manning |
Olivia Manning dari Liverpool juga dikatakan lebih genius daripada saintis fizik terkemuka Jerman, Albert Einstein dan Profesor Stephen Hawking.
Media tempatan melaporkan dengan catatan IQ sebanyak itu, Olivia muncul sebagai sebahagian daripada satu peratus orang paling pintar di dunia.
Murid sekolah North Liverpool Academy di Everton itu kini menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan penyelesaian teori matematik dan fizik.
![]() |
Olivia dikatakan lebih pintar dari Einstein |
Olivia mengaku, beliau mudah mengingati formula atau apa juga formasi malah media juga menyifatkan, sekiranya ukuran IQ beliau mencecah skor sedemikian maka beliau mempunyai kemampuan menghafal novel karya Shakespeare, Macbeth, dalam masa 24 jam.-sinarharian
No comments:
Post a Comment